JANTUNG DAN SISTEM PEREDARAN DARAH
Jantung
merupakan sejenis otot dan saiznya lebih kurang gengaman tangan dan terletak
ditengah-tengah dada di antara sternum dan tulang belakang (spina). Ateri
koronari adalah ateri khas yang membawa darah keotot jantung itu sendiri
Fungsi
Jantung adalah mengepam darah keparu-paru dimana darah itu memperolehi ioksigen
dan seterusnya dialirkan ke seluruh badan. Jantung orang dewasa mengepam
lebih kurang 5 liter darah seminit
Oksigen
diperlukan oleh sel-sel badan untuk berfungsi. Apabila jantung terhenti,
oksigen tidak lagi beredar dan oksigen oksigen yang tersimpan diotak dan
organ-organ penting akan cepat kehabisan. Denyutan jantung yang
diterbitkan oleh impuls elektrik semulajadi, dihantar melalui jantung di antara
60 - 100 kali seminit di dalam badan seseorang dewasa yang sihat. Apabila
senaman dijalankan jantung biasanya mengepam darah sehingga 25 liter seminit.
Paru-paru
mengandungi pundi-pundi udara (alveoli) yang dikelilingi oleh saluran-saluran
darah halus (rerambut). Impuls saraf daripada otak, ke otot dada dan ke
diafragma membolehkan seseorang itu bernafas. Dengan setiap pernafasan,
udara dibawa daripada saluran pernafasan (hidung, mulut, farinks, larinks,
trakea dan bronki) ke pundi-pundi udara di dalam paru-paru.
Udara
mengandungi lebih kurang 21% oksigen pada paras laut. Apabila pundi-pundi
udara diparu-paru berisi udara, darah dikelilingnya mengambil oksigen daripada
udara di paru-paru dan membawanya balik ke jantung, dan seterusnya mengepamnya
keseluruh badan. Apabila oksigen diambil daripada darah oleh sel-sel
tubuh, karban dioksida di keluarkan sebagai bahan kumuh. Ini dikembalikan
oleh darah ke pundi-pundi udara di paru-paru dan dikeluarkan daripada badan
semasa bernafas.
Apabila
udara disedut, hanya 1/4 oksigen daripadanya diserap oleh darah, yang
lainnya dihembus keluar. Inilah sebab mengapa pernafasan mulut kemulut
memberi mangsa cukup oksigen. Apabila pernafasan terhenti, jantung akan
terus mengepam darah untuk beberapa minit bagi mengekalkan bekalan oksigen ke
otak dan seluruh badan. Usaha menyelamat yang awal dan segera untuk
mangsa pernafasan terhenti atau tercekik (benda tersekat didalam tekak) akan
mencegah jantung daripada berhenti (jantung terhenti).
0 komentar:
Posting Komentar